Drama Tuan Danial (TV3)

Tuan Danial

Nantikan drama adaptasi novel Tuan Danial karya Azizah Ami akan disiarkan menerusi Slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

JUDUL : TUAN DANIAL
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Jue Zurhanisza
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Creative Skill Solution
PELAKON : Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Scha Elinnea, Mathni Razak, Syafi Tee DFKL, Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim

WATAK PELAKON
Idris Khan sebagai Tuan Danial
Intan Najuwa sebagai Tengku Ismahanim
Atikah Suhaime sebagai Nell
Luqman Hafidz sebagai Rizal
Aman Graseka sebagai Tengku Khalil
Zuhairi Ibrahim sebagai Tuan Hashim
Noniswara sebagai Puan Malia
Syafi Tee DFKL sebagai Tengku Hatta
Scha Elinnea sebagai Ai
Afifah Nasir sebagai Dee
Mathni Razak sebagai Azad

LAGU TEMA / OST 
Goodbye - Heeloluqman
Bisik - Khareez
Satu - Reyza & NeonSoul feat Kaka Azraf
Sentiasa - Syakirah Noble

SINOPSIS TUAN DANIAL
Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Danial bukan lelaki pertama yang membuatkan Tengku Ismahanim atau Is, menyamar sebagai pembantu rumah.

Penyamaran Is ini adalah untuk menyiasat latar belakang dan sikap sebenar bakal-bakal suami yang dicadangkan oleh bapanya, Tengku Khalil namun semua calon itu tidak berjaya memikat hati Is sehinggalah Is menyamar menjadi pembantu rumah milik keluarga Tuan Danial.

Berlainan dengan lelaki-lelaki sebelumnya, walaupun kelihatan agak sombong dan tegas Is tertarik dengan Tuan Danial tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah. Berlaku pelbagai insiden melucukan ketika Is menyamar menjadi pembantu rumah Tuan Danial kerana Is sentiasa mengingkari arahannya dan Is sememangnya tidak tahu membuat kerja sebagai pembantu rumah.

Namun, lama kelamaan Tuan Danial mula lembut hati dan tertarik dengan sikap Is yang kelam kabut tetapi masih kelihatan comel. Tengku Hatta, adik Is turut terlibat sama dalam rancangannya iaitu berpura-pura mesra untuk membuatkan Tuan Danial cemburu melihat hubungan mesra mereka.

Kehadiran Nell, bekas tunang Tuan Danial yang kembali dari luar negara membuatkan Is rasa tidak sedap hati. Nell kelihatan cuba untuk kembali memiliki Tuan Danial. Pelbagai agenda cuba dilakukan oleh Nell cuba untuk menawan Tuan Danial, termasuklah mengugut untuk membunuh diri supaya Tuan Danial bersimpati kepadanya.

Bukan Is sahaja mempunyai saingan, Tuan Danial juga tergugat oleh kehadiran Rizal, jiran sebelah rumahnya yang obses untuk memiliki Is. Rizal cuba menggoda Is dengan menghantar kad dan bunga. Rizal juga berani menengking Is yang telah membuang bunganya dan menumbuk Tuan Danial dengan teruk sekali semata-mata kerana inginkan Is.

Adakah cinta di antara Is dan Tuan Danial bakal bersatu dengan kehadiran Nell dan Rizal?

Tuna Danial