Telefilem Diari Abah (TV3)

Diari Abah

Saksikan telefilem istimewa sempena Hari Kebangsaan berjudul Diari Abah. Dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Nad Zainal, Arash Mohd dan Amyza Aznan pada Khamis, 30 Ogos jam 10 malam di TV3.

JUDUL : DIARI ABAH 
WAKTU SIARAN : Khamis, 30 Ogos 2018, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Merdeka)
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Bade Hj. Azmi
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Syazuwan Hassan, Nad Zainal, Arash Mohd, Amyza Aznan, Watie Sadali, Ariff Aziz, Silfeny Osman

SINOPSIS DIARI ABAH
Rahmat dipulaukan oleh tiga anaknya, Annur, Zarif & Zakuan, setelah berkahwin buat kali kedua dengan Ashikin, ibu tunggal anak satu. Anak-anaknya menganggap kematian ibu mereka, Khalijad berpunca daripada keputusan Rahmat berkahwin lain. Namun mereka semua tersedar apabila Ashikin telah menyerahkan sebuah diari kepada mereka bertiga setelah Rahmat meninggal dunia. Tercatat dalam diari itu bahawa segala duit yang dikirimkan setiap bulan digunakan abah mereka untuk mendirikan rumah anak yatim atas permintaan arwah ibu mereka dengan nama Rumah Anak Yatim Cik Khalijah.

Lagu Sisipan:
1. Ayah - Edry dan Azmi
2. Tuhan Jagakan Dia Untukku - Fiena
3. Kepada Dia - Faradiya