Hamba Iblis (Astro)

Hamba Iblis

Jangan lupa saksikan telefilem Hamba Iblis yang menampilkan lakonan Amerul Affendi, Siti Saleha dan Nam Ron. Telefilem seram arahan Razaisyam Rashid ini akan menemui penonton pada 31 Mac ini menerusi slot Citra Ekslusif di Astro Citra saluran 131 dan Mustika HD saluran 134 pada pukul 9.00 malam.

JUDUL : HAMBA IBLIS 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 31 Mac 2018, 9.00 malam
SIARAN TV : Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENULIS SKRIP : Mazelan Manan
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Amerul Affendi, Siti Saleha, Namron, Ken Ridzuan, Mior Hashim Manap

SINOPSIS HAMBA IBLIS 
Mengisahkan tentang Tahir (Ameerul Affendi) yang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan Aishah (Siti Saleha). Dengan bantuan kawan baiknya, Malik (Ken Ridzuan), Tahir mendapatkan khidmat Tok Bomoh (Mior Hashim Manap).

Setelah menunaikan permintaan Tok Bomoh supaya setiap malam bulan mengambang, jin yang digunakan untuk mendapatkan Aishah hendaklah dijamu dengan darah haid, akhirnya hasrat Tahir tercapai.

Setelah setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Anis (Nurul Hikmah), Tahir sekali lagi mendapatkan khidmat Tok Bomoh untuk hidup mewah bagi membahagiakan Aishah dan mengambil hati arwah bapa mentuanya.

Namun kali ini syarat yang ditetapkan amat ketat. Jika Tahir gagal ‘menjamu’ jin peliharaannya dengan darah manusia yang mati dibunuh, sama ada Aishah akan jadi milik jin peliharaannya sampai bila-bila ataupun nyawa anak kesayanganya menjadi taruhan

Pada masa sama pula, bekas kekasih Aishah, Halim (Nam Ron) baru pulang ke kampung setelah enam tahun menghilangkan diri dan selepas itu, bermula satu per satu konflik dan penemuan sebuah jawapan.


Hamba Iblis