Fatonah Azali (TV3)


Saksikan telefilem sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Fatonah Azali. Telefilem arahan Shuhaimi Lua ini mengangkat kisah tentang seorang gadis yang menglami autisme. Mengandingkan pelakon baru dan lama seperti Nad Zainal, Redza Rusli, Zaibo, Raja Azura, Sharifah Sakinah,  

JUDUL : FATONAH AZALI
HARI / MASA : Sabtu, 2 Disember 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Mia Marziah Manaf
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Nad Zainal, Redza Rusli, Zaibo, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Kay Maria, Mustaqim Bahadon, Ferth Jasni, Shabeck, Zamri Mac Am

SINOPSIS FATONAH AZALI
Azali pulang ke kampung halamannya, setelah 7 tahun meninggalkan tempat itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam, baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal bernama Tonah, yang jauh lebih muda darinya. Pak Tam menikahi Tonah atas rasa hutang budi kepada ayah Tonah iaitu arwah Dato’ Hussein. Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri.