Izinkan Aku (Astro Citra)

Izinkan Aku

Saksikan telefilem Karya 12 Vol.2 bertajuk 'Izinkan Aku' lakonan Mira Filzah, Umie Aida dan Ryzal Jaafar. Arahan bersama Feroz Kader dan protegenya, Nur Syuhada Zamri. Akan disiarkan pada Sabtu ini jam 9 malam di saluran Astro Citra 131 dan Mustika HD 134.

JUDUL : IZINKAN AKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 4 November 2017, 9.00 malam
SIARAN : Astro Citra 131 & MustikaHD 134
SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Feroz Kader & Nur Shuhada Zamri
TERBITAN : Arie Zaharie Production
PELAKON : Mira Filzah, Datin Umie Aida, Ryzal Jaafar, Farah Ahmad, Puteri Rafasya, Fea Lofea, Zuhairi Ibrahim

SINOPSIS IZINKAN AKU 
Mengisahkan tentang seorang gadis yang sangat menyanjungi penulisan arwah ayahnya dan juga ingin menjadi seorang penulis namun mendapat tentangan hebat dari ibunya kerana bagi ibunya, menjadi penulis novel tidak menjanjikan masa depan. Antara kasih sayang ibu, dan minat yang manakah menjadi pilihan?