Cinta Bersegi-Segi (TV9)

Cinta Bersegi Segi

Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua. Menampilkan lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin, Raja Azura, Eizlan Yusof dan Feiyna Tajuddin. Disiarkan di TV9 hari Isnin ini pukul 8.30 malam. 

JUDUL : CINTA BERSEGI SEGI
TARIKH / MASA : Isnin, 23 Oktober 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Suzanna Zaily Zin
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Mawar Rashid, Nazirul Mubin, Raja Azura, Eizlan Yusof, Feiyna Tajudin, Zahir Deck

SINOPSIS CINTA BERSEGI-SEGI
Zin Ruby dan Ana dahulunya adalah teman rapat semasa zaman persekolahan. Tamat persekolahan mereka bertembung semula di sebuah pusat karaoke apabila masing-masing sudah berpuluh tahun tidak bertemu. Zin kini menduda setelah kematian isteri. Ruby juga keseorangan setelah bercerai dengan suaminya, manakala Ana pula masih keseorangan tanpa teman. Ruby dan Ana berpakat mengenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin yang beriya-iya mahu mencari pengganti. Dalam proses mengenal hati budi masing-masing, segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari Zin berterus-terang. Dia tidak mampu membohongi jatuh cinta kepada ibu Zarina, Fetty jauh lebih tua daripadanya. Fetty pula tidak tahu yang Zin sukakannya. Dia melayan Zin macam melayan bakal menantu.