Puisi Sedih Al-Kitab (TV3)

Puisi Sedih Al-Kitab

Saksikan gandingan Elizad Sharifuddin, Riz Amin dan Khir Rahman dalam telefilem Puisi Sedih Al-Kitab yang akan disiarkan menerusi slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 10 malam. 

JUDUL : PUISI SEDIH AL-KITAB
TARIKH / MASA : Sabtu, 10 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Khir Rahman, Riz Amin, Liza Othman, Sein Qudsi, Ieka Zulkifli, Zukhlayca Zahary, Elanie

SINOPSIS PUISI SEDIH AL-KITAB
Nadirah telah dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran oleh ayahnya apabila dia berjaya khatam Al-Quran. Nadirah membawa Al-Quran tersebut ke kolej dan hanya membiarkannya. Dia bukan saja tidak membaca malahan tidak pernah membuka Al-Quran itu. Masa telah berlalu, kini Nadirah sudah berkahwin dan mempunyai anak. Satu hari, dia didatangi seorang lelaki asing yang membawa naskhah Al-Quran. Nadirah mula rasa malu apabila dia mendapat tahu lelaki itu mempelajari Islam dengan membaca Al-Quran manakala Nadirah telah lama meninggalkannya.

Pelakon Puisi Sedih Al-Kitab
Pelakon telemovie Puisi Sedih Al-Kitab