Projek Kuih Raya Mak Leha

Projek Kuih Raya Mak Leha

Telefilem Projek Kuih Raya Mak Leha arahan Zamri Zakaria akan disiarkan di TV9 pada hari raya ke lima pukul 8.30 malam. Menampilkan lakonan Zara Zya, Pian Kepoh, Chacha Maembong dan Zarina Zainudin. 

JUDUL : PROJEK KUIH RAYA MAK LEHA
TARIKH / MASA : Khamis, 29 Jun 2017, 8.30 malam 
SIARAN : TV9 (Istimewa Syawal )
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Zarina Zainudin, Pian Kepoh, Chacha Maembong

SINOPSIS PROJEK KUIH RAYA MAK LEHA
Kuih raya buatan Mak Leha mendapat sambutan tiap kali menjelang Ramadan. Namun Mak Leha telah jatuh sakit dan terpaksa melepaskan proses pembuatan kuih raya kepada ketiga-tiga anaknya. Maka bermulalah usaha dan kerja keras ketiga-tiga anak Mak Leha untuk membuat kuih raya atas tempahan yang sedia ada. Menjelang Raya, Nabihah mendapati tiada kuih raya untuk mereka di rumah.