Kenyalang I'm In Love (TV3)

Kenyalang Im In Love

Nantikan drama bersiri Kenyalang I'm In Love yang akan disiarkan menerusi slot DahliaTV3. Sebuah drama terbitan Frontrow Pictures Sdn Bhd arahan Feroz Kader. Menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa dan ramai lagi. Drama Kenyalang I'm In Love akan disiarkan bermula 26 Ogos ini, setiap hari Sabtu dan Ahad pukl 6.58 petang di TV3.

JUDUL : KENYALANG, I'M IN LOVE!
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS SKRIP : Salwana Sawi
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa, Anding Indrawani, Ady Hamiz, May May, Zack Kool, Zila Bakarin, Manan Sulaiman, Aida Khalida, Shima Anuar, Aida Othman, Ali Mohamad 

WATAK PELAKON 
Hafeez Mikail sebagai AJ (Jeffri)
Ain Edruce sebagai Wanda
Syaffiq Sahli sebagai Khairul
Intan Najuwa sebagai Sutra
Anding Indrawani sebagai Daniel
Ady Hamiz sebagai Ben
May May sebagai Jun
Zack Kool sebagai Kamal
Zila Bakarin sebagai Nadia
Manan Sulaiman sebagai Johar
Aida Khalida sebagai Marissa
Shima Anuar sebagai Mona
Aida Othman sebagai Ros
Ali Mohamad sebagai Bran

LAGU TEMA 
Tajuk : Kenyalang I'm In Love
Penyanyi : Aepul Drama Band & Mimie Haris

SINOPSIS KENYALANG IM IN LOVE
Mengisahkan AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.

AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

GAMBAR PELAKON
Kenyalang I'm In Love

Pelakon Kenyalang Im In Love
Pelakon drama Kenyalang Im In Love