Si Kijang Merah (TV3)

Si Kijang Merah

Telefilem sempena DFKL 2017 diteruskan lagi kali ini berkisarkan tentang sukan bolasepak dengan telefilem berjudul Si Kijang Merah hasil karya Rafiqa Edora Mohamed. Telefilem ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Dilakonkan oleh Harris Alif, Ahmad Ezzrin Loy, Firdaus Ghufran, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Cerekarama TV3, Sabtu ini pukul 9 malam. 

JUDUL : SI KIJANG MERAH 
TARIKH / MASA : Sabtu, 18 Mac 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Amin Shakib
IDEA ASAL : Rafiqa Edora Mohamed
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn. Bhd
PELAKON : Harris Alif, Ahmad Ezzrin Loy, Firdaus Ghufran, Alis Mariya, Izzy Reef, Luqman, Raja Atiqullah, Mustapha kamal, Laila Nasir, Zamarul Hisham 

SINOPSIS SI KIJANG MERAH 
Mengisahkan Amar merupakan seorang remaja kelahiran Kelantan dan kini mengikut keluarganya tinggal di Kuala Selangor. Dia sangat obses dengan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors. Amar boleh bercerita mengenai pemain legenda seperti Dali Omar, Nik Fauzee, Hamid Ramli dan Hashim Mustapha.

Impian Amar adalah melihat pasukan kesayangannya beraksi pada pertarungan akhir Piala AF di Bukit Jalil. Namun, hasrat itu terpaksa dipendamkan kerana tidak cukup wang untuk ke Kuala Lumpur. Amar berusaha mencari wang tambahan dengan mengambil upah bekerja di kedai Pak Atan, mengemas laman rumah orang dan mengecat.

Memandangkan tarikh perlawanan semakin hampir, Amar melipatgandakan usaha mencari wang. Amar bagaimanapun kecewa apabila duit yang dikumpulnya dicuri dua pemuda. Adakah Amar dapat merealisasikan impiannya itu? Karya ini dibintangi Harris Alif, Firdhaus Ghufran. Ezzrin Loy, Zamarul Hisham, Farouk Hussain dan Nur Alis Mariya. 

Pelakon Si Kijang Merah
Barisan pelakon dan pengarah telemovie Si Kijang Merah