Telefilem Petanda (TV9)

Petanda TV9

Saksikan telefilem sempena DFKL 2017 bertajuk Petanda. Sebuah telefilem arahan Razaisyam Rashid. Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Gambit Saifullah dan ramai lagi. Ditayangkan hari Isnin ini, pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : PETANDA
TARIKH / MASA : Isnin,  6 Mac 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Khalisa, Gambit Saifullah, Iswazir Ismail, Azzam Zamani, 

SINOPSIS PETANDA
Cerita tentang seorang budak yang hilang, emosi ayah dan ibunya terganggu akibat dari kehilangan anak tersayang. Cerita ini dimulakan dengan dua kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bernama Azita dan Syikin. Kedua-duanya telah hilang pada tahun yang berbeza. Sehingga kini tidak ada seorang pun yang menjumpai mereka berdua. Kejadian ketiga berulang lagi apabila Sheeda, seorang gadis remaja yang cantik dan baik berumur 15 tahun juga turut hilang. 

Pelakon Petanda TV9
barisan pelakon