Telefilem HAYAT (TV3)

Hayat TV3

Saksikan gandingan Fezrul Khan dan Ayu Raudhah dalam telefilem Hayat yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu pukul 9.00 malam.

JUDUL : HAYAT
TARIKH / MASA : Sabtu, 5 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Bade Haji Azmi
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Fezrul Khan, Ayu Raudhah, Fimie Don, Fikhree Bakar, Bella Dowanna, Habiel Lutfillah

LAGU TEMA
Hazman - Tersiksa 
https://youtu.be/7EOX3OaCII0

SINOPSIS HAYAT 
Mengisahkan tentang seorang suami yang diuji oleh Allah dengan kesenangan yang melimpah ruah tatkala hidupnya sedang susah. Cara hidup yang dulunya sederhana kini sudah mewah, tapi adakah kemewahan yang dipinjamkan oleh Allah itu dapat selamanya menjamin kebahagiaan?

Hayat pulang dari pejabat disambut dengan girang dua anaknya iaitu Zainan dan Fatin. Mereka sibuk bertanya kepada ibu mereka, Mariam mengenaik anak yang sedang dikandungnya.

Dalam senyuman Hayat memerhati gelagat anak-anaknya dan kesabaran Mariam melayan soalan mereka. Jauh di sudut hati, terselit rasa bimbang menempuh hari mendatang. Selama ini, kehidupan mereka agak sukar, gaji Hayat sebagai pegawai biasa dan Mariam sebagai kerani tidak mencukupi.

Hayat terjerat dalam pelaburan atas pelawaan rakannya, Zaki. Diawal penglibatannya, dia mendapat pulangan lumayan dan mampu mengubah kehidupan kepada cara hidup mewah tambahan lagi selepas kelahiran anak ketiga, Rizki dianggap membawa rezeki kepada keluarga mereka. Anak-anak dan isteri, Mariam dimanjakan dengan harta dunia. Namun kemewahan yang dirasainya telah membutakan hatinya. Dia mula terlibat dengan cara hidup kotor dan jauh dari agama dan dia turut mengheret isterinya ke kelab malam. Adakah harta yang banyak dapat selamanya menjamin kebahagian?