Songket Pak Andam (TV9)

Songket Pak Andam

Saksikan telefilem terbaru arahan arahan Rashid Sibir berjudul Songket Pak Andam. Membariskan pelakon seperti Beego, Ika Nabila, Nasir Bilal Khan, Dato Ahmad Tarmimi dan Fauziah Nawi. Ditayangkan pada hari Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : SONGKET PAK ANDAM
TARIKH / MASA : Isnin, 18 Julai 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd 
PELAKON : Beego, Ika Nabila, Nasir Bilal Khan, Dato Ahmad Tarmimi, Fauziah Nawi, Aishah Azman

SINOPSIS SONGKET PAK ANDAM
Pak Jenal suatu ketika dahulu merupakan seorang bekas Pak Andam terkenal di kampung. Dia juga sangat rajin membantu orang-orang kampung. Setelah lama khidmatnya tidak diperlukan kerana adanya kedai andaman yang lebih moden, kepulangan Mak Gayah ke kampung untuk membuat persediaan majlis perkahwinan anak tunggalnya, Liana di rumah pusaka mereka membolehkan Pak Jenal kembali berkhidmat sebagai Pak Andam. Namun, itu tidak disenangi oleh suami Mak Gayah iaitu Pak Man.