Sinopsis Temuan Takdir (2016)

Temuan Takdir

Filem Temuan Takdir akan ditayangkan di pawagam 11 Ogos 2016. Berkisarkan tentang penyiasatan dan pengorbanan dua anggota polis membanteras jenayah. Sebuah filem hasil arahan pengarah Dhyan Vimal dibarisi pelakon seperti Dato’ Zahim Albakri, Vanidah Imran, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamarudin dan ramai lagi.

FILEM : TEMUAN TAKDIR
GENRE : Aksi / Jenayah
TARIKH TAYANGAN : 11 Ogos 2016
PENGARAH : Dhyan Vimal
TERBITAN : Zazen Design & Production
PELAKON : Dato’ Zahim Albakri, Vanidah Imran, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamarudin, Malieq Abdullah, Kiranjit Kaur, Thanuja Ananthan, Dto Jalaluddin Hassanm

SINOPSIS TEMUAN TAKDIR
Mengisahkan tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ACP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu ‘Mastermind’ di sebalik rompakan sebuah van sekuriti. Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan kumpulan ‘geng’ yang terdiri daripada tiga orang perompak iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.

Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari ‘Mastermind’ yang merancang segala-galanya. Filem ini mengalas takdir yang tersurat buat pasangan adik-beradik ini dan tanggungjawab seorang anggota polis terhadap tugasnya.

VIDEO TRAILER