Telefilem Muazzin (TV9)

Muazzin TV9

Saksikan telefilem 'Muazzin' yang akan disiarkan menerusi slot Skrin di 9. Kisah pahit manis alam percintaan seorang doktor bernama Hawa. Lakonan hebat Zara Zya, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Amyza Adnan, dan ramai lagi. Telefilem arahan Zul Huzaimy itu akan disiarkan pada 27 Jun 2016 (Isnin), pukul 8.30 malam hanya di TV9.

JUDUL : MUAZZIN
TARIKH / MASA : Isnin, 27 Jun 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Shaharuddin Bin Jamil
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Enuja Production Sdn. Bhd
PELAKON : Zara Zya, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Amyza Adnan, Hamid Gurkha, Achong Sweetchild, Keena Mentor

SINOPSIS MUAZZIN
Telefilem yang bertemakan percintaan dan keagamaan ini mengisahkan Hawa, seorang doktor berusia 30-an, yang masih belum lagi berkahwin dan tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki setelah gagal bercinta buat pertama kali.

Walaupun Hawa hanya berdoa dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan jodohnya, ayah Hawa, Imam Agus, tetap risau dengan keadaan anak gadisnya yang telah menolak beberapa pinangan lalu menasihatkan Hawa agar mencari jodoh dengan segera mengikut tuntutan sunnah Nabi Muhammad. Tambahan pula kesihatan Imam Agus yang saban hari semakin dimakan usia, dia amat berharap untuk melihat bakal menantunya dan menimang seorang cucu suatu hari nanti.

Pada suatu hari, ketika azan Subuh sedang berkumandang, secara tiba-tibanya Hawa terbuka hati ingin mengenali muazzin yang melaungkan azan Subuh dari masjid berhampiran dengan kawasan rumahnya. Malangnya, tiada sesiapa pun yang mengenali muazzin subuh itu.

Pelakon Muazzin TV9
Gambar pelakon telemovie Muazzin
Oleh kerana tidak mengenali muazzin subuh yang berjaya membuka pintu hati Hawa itu, Hawa kerap mengulang sebahagian azan yang sempat dirakam untuk merawat kekecewaannya. Namun, malang tidak berbau, Hawa telah pun menimpa kemalangan ketika memandu dan dia tidak berkesempatan untuk memohon maaf dengan pemilik kereta yang dilanggarnya itu.

Pemilik kereta yang bernama Azan itu hanya berlalu pergi apabila Hawa cuba memohon maaf atas kecuaiannya ketika memandu. Ini telah menyebabkan Hawa rasa terhina. Untuk menenangkan emosinya apabila dia berasa sakit hati setiap kali dia teringat akan sikap Azan yang langsung tidak menghiraukannya, Hawa akan sentiasa mendengar rakaman azan yang dilaungkan oleh muazzin misteri itu.

Tanpa diduga, Azan telah mengirim surat kepada Hawa untuk memohon maaf tentang sikapnya yang menyakitkan hati itu. Adakah Hawa akan memaafkan Azan? Siapakah pula muazzin misteri yang berjaya menambat hati Hawa itu?