Mek Kelate (Cerekarama TV3)

Mek Kelate TV3

Saksikan telefilem komedi Mek Kelate pada hari Sabtu ini, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3. Gandingan tiga gadis comel Janna Nick, Kilafairy dan Tisha Shamsir.

JUDUL : MEK KELATE
TARIKH / MASA : Sabtu, 18 Jun 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Saiful
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Kilafairy, Tisha Shamsir, Redza Rosli

SINOPSIS MEK KLATE
Kisah tiga orang sahabat, Mek Tie, Mek Nor, dan Mek Yea dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari wang bagi memenuhi impian mereka. Kepergian mereka dengan menaik bas ekspress telah menimbulkan kekecohan dengan barangan yang mereka bawa agak berlebihan. Lebih malang, apabila kotak yang mengandungi budu jatuh terhempas hingga aromanya mencetuskan hiruk pikuk dalam perjalanan. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila sahabat yang diharap untuk menumpang teduh gagal dihubungi, hingga terpaksa menyewa rumah tumpangan dan dihalau tatkala menumpang tidur di masjid. Di peringkat awal, perniagaan nasi kerabu, ayam percik dan kuih tradisional tidak mendapat pulangan modal kerana mereka menjual dengan harga yang begitu murah. Namun disebabkan kelucuan dan kebijaksanaan menambat hati pelanggan, mereka berjaya meraih keuntungan. Namun misi mereka bertukar arah dengan hidayah yang diperolehi menjelang akhir Ramadhan.

GAMBAR PELAKON

Pelakon Mek Kelate
Watak utama
Mek Kelate
Janna Nick dalam Mek Kelate