Lara Sepasang Nisan (TV3)

Lara Sepasang Nisan

Pada hujung minggu ini, saksikan telefilem Lara Sepasang Nisan arahan Raja Mukhriz. Sebuah kisah pengajaran mengenai pekerjaan warisan turun-temurun. Bakal disiarkan melalui slot Cerekarama pada hari Sabtu ini jam 9.00 malam di TV3. 

JUDUL : LARA SEPASANG NISAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 16 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Raja Mukhriz
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Idris Md. Diah, Fauziah Nawi, Hanis Kamal Bakar, Namron,Shahrol Nizam, Shaffiq Sahli, Aliza Rafar

LAGU TEMA / OST LARA SEPASANG NISAN
Lagu : Suatu Pernah
Penyanyi : Fynn Jamal

SINOPSIS LARA SEPASANG NISAN
Kahar mempunyai hasrat supaya kedua-dua anaknya mewarisi perniagaannya membuat batu nisan yang menjadi punca rezeki mereka sebelum ini, namun mereka lebih sukakan perniagaan yang mewah. Adakah warisan itu diteruskan atau dilupakan?

Kisah bermula sekumpulan penduduk kampung sibuk menguruskan jenazah di tanah perkuburan. Setelah selesai urusan pengebumian waris jenazah singgah ke rumah Kahar. Waris menghulurkan wang pada Kahar. Sebelum jenazah dikebumikan waris ada membeli sepasang batu nisan sebagai tanda. Selepas waris pulang Bidin pula yang muncul. Bidin seperti mengharap sesuatu dari Kahar. Kahar malas hendak melayan Bidin kerana banyak kerja yang perlu disiapkan. Sebelum Bidin pulang, Bidin sempat berjumpa dengan Anum. Kahar melihat Anum menghulurkan wang pada adik tirinya. Selepas Bidin pulang Kahar menasihati Anum agar jangan manjakan Bidin. Sedang Kahar sibuk mencetak batu nisan, Karim rakan baiknya muncul. Karim membantu Kahar. Setelah selesai, Kahar bersembang dengan Karim. Karim bercerita tentang anak bongsunya Faizal akan pulang ke kampung selepas habis peperiksaan SPM. Faizal tinggal di asrama penuh. Kahar pula meluahkan impiannya kepada Karim. Kahar mahu ke Kuala Lumpur bertemu Nasrul.

Pelakon Lara Sepasang Nisan
Pelakon telemovie Lara Sepasang Nisan