Drama Sha dan Shah (Astro)

Drama Sha & Shah

Drama terbaru adaptasi novel 'Sha & Shah' karya karya Sha Ibrahim bakal menemui penonton pada awal tahun 2016 nanti menggantikan drama Tersuka Tanpa Sengaja. Dibintangi oleh Syatilla Melvin dan Kamal Adli sebagai teraju utama. Drama terbitan MIG Pictures Sdn Bhd arahan Eyra Rahman. Drama romantik komedi terbseut bakal bersiaran mulai 4 Januari 2016, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : SHA & SHAH
EPISOD : -
TARIKH / MASA : 4 Januari 2016 (Isnin-Khamis, 10 malam)
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
NOVELIS : Sha Ibrahim
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Fariz Ameerul Shah (Shah)
Syatilla Melvin sebagai Farisha (Sha)
Shima Anuar sebagai Atilia
Azwan Kombos sebagai Iskandar
Nina Iskandar sebagai Mariate

LAGU TEMA / OST SHA & SHAH
Lagu : Hati-Hati
Artis : Amira Othman
Video & Lirik : Link

SINOPSIS SHA & SHAH

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummy-nya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? Sha dan Shah kisah persahabatan dalam perkahwinan

GAMBAR PELAKON

Sha & Shah
Pelakon utama Syatilla Melvin dan Kamal Adli
Pelakon Sha dan Shah
Pelakon drama Sha & Shah
Sha & Shah Astro Ria
Pelakon veteran
Drama Sha dan Shah
Saat bahagia
Sha dan Shah