Telefilem Baju Raya Eksklusif (TV3)

Baju Raya Eksklusif

Telefilem genre komedi berjudul Baju Raya Eksklusif menampilkan lakonan Scha al Yahya, Lia Natalia, Didie Alias, Issey Fazlisyam dan Fazlina Ahmad Daud. Telefilem arahan Shuhaimi Lua ini akan menemui penonton di TV3 pada 17 Jun ini, jam 5 petang.

JUDUL : BAJU RAYA EKSKLUSIF
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 5.00 petang
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : Zeck Vion (Zaharuddin Md Desa )
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Scha Alyahya, Lia Natalia, Didie Alias, Issey Fazlisyam, Fazlina Ahmad Daud, Sara Amelia, Amir Raja Lawak

SINOPSIS BAJU RAYA EKSKLUSIF
Shunurin dan Hazwani merupakan sepupu. Tahun ini, mereka merancang untuk menjual baju raya yang eksklusif atas talian. Di pekan, dia berkenalan dengan Ramlah yang memperkenalkan dirinya sebagai ejen di butik yang popular. Mendengar pelan perniagaan Ramlah, Shunurin dan Hazwani tertarik lalu menghabiskan wang simpanan untuk dijadikan modal. Permulaan perniagaan mereka memang laris dan banyak menerima tempahan. Namun, di penghujung Ramadan, Ramlah menghilangkan diri bersama-sama duit mereka.