,

Drama Pencuri Cinta Kelas Satu

July 01, 2018

Pencuri Cinta Kelas Satu

Nantikan drama adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila yang akan disiarkan untuk slot Raihana. Menampilkan gandingan Hafreez Adam dan Emma Maembong selaku teraju utama. Akan menemui penonton bermula 2 Julai 2018, pada setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Oasis dan Maya HD. 

JUDUL : PENCURI CINTA KELAS SATU  
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Julai 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Raihana (Astro Oasis 106 & Maya HD 135)
SKRIP : Amin Shakib, Eja Lorena, Azmy Arif, Norimal
PENULIS NOVEL : Illa Shanahila
PENGARAH : Pyan Screw
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Hafreez Adam, Emma Maembong, Mawar Rashid, Zarul Husin, Ariz Lufias, Scha Elinnea, Raf Yaakob, Nazeera Sardi, Dato Jalaludin Hassan, Sharifah Shahora, Beego, Amanda Misbun, Firdaus Ghufran, Feiyna Tajudin, Iswan Ismail

WATAK PELAKON 
Hafreez Adam sebagai Firzal
Emma Maembong sebagai Aira (Aisya Humaira)
Mawar Rashid sebagai Hanisa
Zarul Husin sebagai Farhan
Nazeera Sardi sebagai Jiha
Raf Yaakob sebagai Jidin
Ariz Lufias sebagai Zulfa
Scha Elinnea sebagai Hardena
Iswan Ismail sebagai Farish

SINOPSIS PENCURI CINTA KELAS SATU
Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow