,

Waktu Khalil (TV3)

April 20, 2018

Waktu Khalil

Jangan lupa saksikan telefilem Waktu Khalil yang menampilkan lakonan Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, dan Danish Hazriq. Akan disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu ini jam 9 malam. 

JUDUL : WAKTU KHALIL
WAKTU SIARAN : Sabtu, 21 April 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Puteri Aishah, Danish Hazriq, Aprena Manrose, Azza Elite, Tengku Zara, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman

SINOPSIS WAKTU KHALIL 
Mengisahkan pasangan suami isteri, Atie dan Wan taasub terhadap media sosial dan kerja sehingga mengabaikan peranan mereka untuk mencurahkan kasih sayang terhadap dua anaknya, Khalil serta Kayla.

Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko. Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular. Berita itu diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka.


You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow