Radio Buruk (TV1)

Radio Buruk

Saksikan lakonan Razak Ahmad, Zarina Zainuddin, Zarynn Min, dan Hafeez Mikail dalam telefilem Radio Buruk pukul 9.00 malam di TV1. Tonton secara online di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : RADIO BURUK 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 21 April 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Panggung Seri (TV1)
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Cinema Stage Production Sdn Bhd
PELAKON : Razak Ahmad, Zarina Zainudin, Zarynn Min, Hafeez Mikhail, Sherie Merlis, Amai Kamarudin, Acong SweetChild, Nu'man Salleh

SINOPSIS RADIO BURUK 
Memaparkan kisah Fakeh, pengerusi di Taman Setia Bunga yang suka menjaga tepi kain orang. Dia juga angkuh kerana menggalas gelaran pengerusi kawasan perumahan itu. Segala isi rumah jiran dibandingkan dengan kediamannya. Dia juga gemar melaga-lagakan orang. Dia digelar radio buruk kerana sikapnya. Suatu hari, dia membawa pulang radio buruk yang dijumpai di dalam semak. Sejak itu, dia lalai dengan radio buruk berkenaan sehingga lupa segala-galanya.