Drama Teratai Kemboja (TV3)

Teratai Kemboja

Nantikan drama bersiri Teratai Kemboja yang bakal mengisi slot Zehra di TV3. Membariskan pelakon seperti Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hanani Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Diarahkan oleh sutradara Along Kamaluddin. Ditayangkan mulai 13 April 2018, setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9:00 malam di TV3.

JUDUL : TERATAI KEMBOJA
JUMLAH EPISOD : 21 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 April 2018
WAKTU SIARAN :  Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
IDEA ASAL : Dr Bambang
PENULIS SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah, Sahronizam Noor, Zila Bakarin, Fauzan Ghazali, Zazali Baginda, Fendi Amat, Matz Burhan, Aren Yunus, Aren Yunus, Rizalwan Ramli, Anna Arissa, Najwa Jaafar

WATAK PELAKON 
Adi Putra sebagai Fikri
Fasha Sandha sebagai Nur Hidayah
Elly Mazlein sebagai Hanani
Hasnul Rahmat sebagai Taufik
Nafiz Muaz sebagai Muhd Hamdan
Fezrul Khan sebagai Hafiz
Ikhlas Jalil sebagai Tajul
Noralbaniah sebagai Maryam
Fauzi Nawawi sebagai Saufi
Nadia Brian sebagai Laila
Jaja Iliyes sebagai Huda
Sabhi Saddi sebagai Hathim
Azzahra Ahmad sebagai Natrah
Sahronizam Noor sebagi Arif
Zila Bakarin sebagai Datin Kamariah

LAGU TEMA / OST 
Superchild - Janjinya Syurga
Fahmi Izuddin - Pabila Hujan Turun
Mawar - Mel Ramlan
Deen Asimi - Nafas Ini 

SINOPSIS TERATAI KEMBOJA
Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.

Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.

Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.

Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.

Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

GAMBAR PELAKON
Teratai Kemboja

Pelakon Teratai Kemboja
Barisan pelakon drama Teratai Kemboja