,

Drama Pengantin 100 Hari (TV3)

June 25, 2018

Pengantin 100 Hari

Nantikan drama siri terbaru berjudul 'Pengantin 100 Hari' yang menampilkan lakonan Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan dan ramai lagi. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh Amor Rizan. Bakal ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.

JUDUL : PENGANTIN SERATUS HARI
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Amor Rizan
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Saleh, Faiz Izzat, Fanna Azizan, Fizi Amer, Ayu Azlina, Hafiyah Hafiz, Rose Idris, Radin Suhaimi

WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Amar
Amelia Henderson sebagai Erina
Aishah Azman sebagai Sofia
Zila Bakarin sebagai Puan Yasmin
Edika Yusof sebagai Rusdi
Dato Rahim Razali sebagai Dato Fahmi
Jasmine Suraya sebagai Farah
Fazreen Rafi sebagai Iqbal
Ieka Zulkifli sebagai Wardah
Azhar Amir sebagai Haji Ismail
Shahriza Mahmud sebagai Hajjah Aishah

LAGU TEMA / OST 
Sulit - Aman Aziz

SINOPSIS PENGANTIN SERATUS HARI
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.

GAMBAR PELAKON
Pengantin 100 Hari

You Might Also Like

2 comments

recent posts

Facebook

Follow