,

Drama Mr London Ms Langkawi

February 12, 2018

Mr London Ms Langkawi

Drama adaptasi novel Mr London Ms Langkawi karya Herna Diana akhirnya bakal ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Astro Warna. Drama yang dibikin pada tahun 2015 ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Saksikan kemunculan mereka bermula 14 Februari ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di Astro Warna saluran 124 dan Warna HD saluran  132.

JUDUL : MR. LONDON MS LANGKAWI
JUMLAH EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN TV : Astro Warna 124 & Warna HD 132
PENULIS NOVEL : Herna Diana
PENULIS SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria 
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd / Alaf 21 Karangkraf
PELAKON : Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar, Wan Wala

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Aidid Mukhlis
Izara Aisyah sebagai Liyana 
Amar Baharin sebagai Ijam 
Zahirah Macwilson sebagai Milah 
Yaya Zahir sebagai Adira 
Dato Seri Shah Rezza sebagai Encik Azman 
Liza Abdullah sebagai Puan Mariam 
Sharonizam sebagai Azam 
Watie Sadali sebagai Salbiah 
Ghazali Abu Noh sebagai Haji Salleh 
Kismah Johar sebaga Hajjah Kamariah 

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Istimewa 
Penyanyi : Aman feat Daiyan Trisha  

SINOPSIS MR LONDON MS LANGKAWI
Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung yang berjiwa besar cintakan tanah air.

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?

Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. 

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Pelakon Mr London Ms Langkawi
Pelakon drama Mr London Ms Langkawi

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow