Bawa Aku Ke Syurga (TV9)

Bawa Aku Ke Syurga

Saksikan telefilem Bawa Aku Ke Syurga dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Hafidz Roshdi, Ben Laden, dan Syazuwan Hassan. Kisah benar rumahtangga tulisan Izan Abdullah & Zyza Backy. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Akan disiarkan di TV9 pada Isnin ini pukul 8.30 malam. 

JUDUL : BAWA AKU KE SYURGA 
TARIKH / MASA : Isnin, 13 November 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Izan Abdullah & Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Hafidz Roshdi, Ben Laden, Syazuwan Hassan, Jasmin Hadid, Razak Ahmad, Fadillah Mansur, Mustaqim Bahadon, Faez Nick, Allana Amir, 

SINOPSIS BAWA AKU KE SYURGA 
Nizam sangat menyayangi isteri dan anak lelakinya. Mereka sekeluarga hidup dalam suasana harmoni dan mewah. Apa yang diingini oleh Yana pasti Nizam akan turuti. Namun, langit tidak selalu cerah, kilang dia bekerja tutup kerena kegawatan ekonomi. Nizam menyembunyikan hal itu daripada kelurganya. Dia bekerja keras dan masih menuruti permintaan Yana.

Rumah tangga mereka mula goyah apabila Yana terjumpa bekas kekasihnya semula. Farouk memanjakan Yana dengan kemewahan dan memberinya banyak perhatian. Farouk juga mahu Yana meminta cerai kepada suaminya dan mulakan hidup baharu bersamanya. Adakah Yana sanggup mendustai perkahwinannya bersama Nizam?