,

Drama Zahir Tak Terucap (TV3)

March 26, 2018

Zahir Tak Terucap

Nantkan drama bersiri Zahir Tak Terucap yang akan mengisi slot Zehra TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Airel Zafrel, Raysha Rizrose dan Chacha Maembong. Diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures. Saksikan Zahir Tak Terucap bermula 27 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

JUDUL : ZAHIR TAK TERUCAP 
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Mac 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Airel Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Farisha Irwayu, Esma Daniel, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli, Elya Miera, Meor Mohd, Annie Ariffin, Azzahra Ahmad, Abu Belalang, Effa Alhabshee, Ismail Jejaka, Elanie Aidid, Azlinda Aziz

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Hisyam
Airel Zafrel sebagai Haziq
Raysha Rizrose sebagai Aishah
Chacha Maembong sebagai Aireen
Esma Daniel sebagai Razak
Farisha Irwayu sebagai Noraini
Idris Mat Diah sebagai Nordin
Rosnah Johari sebagai Zaharah
Syafiqa Zamriez sebagai Zara
Saufi Ramli sebagai Zahim
Elya Miera sebagai Laila
Meor Mohd sebagai Azril
Annie Ariffin sebagai Mimi
Azzahra Ahmad sebagai Mira 

LAGU TEMA / OST 
Delusi - MJ (Meeya & Joe)
Cahaya - Syara

SINOPSIS ZAHIR TAK TERUCAP
Hisyam baru tamat pengajian dan Haziq, abangnya meraikan dengan membawanya bercuti di sebuah pulau peranginan. Di situ, Hisyam berkenalan dengan seorang gadis penjual nasi lemak, Aisyah yang periang dan peramah. Hubungan Hisyam dan Aisyah bukan sahaja dilarang oleh ibu bapa Aisyah tetapi juga dibenci oleh Lokman yang sudah lama menyimpan niat untuk mengambil Aisyah sebagai isteri.

Pada malam terakhir di situ, Hisyam terkejut melihat Haziq bersama perempuan dalam keadaan mabuk. Tanpa rasa bersalah, Haziq meminta Hisyam merahsiakan perangainya jika tidak mahu Razak dan Noraini jatuh sakit. Sejak itu, Hisyam sering bergaduh dengan Haziq kerana tidak mahu bersubahat.

Sehingga satu hari, Haziq sakit dan ditahan di wad kerana jangkitan kuman di paru-paru dan otak. Haziq terkejut dan tidak dapat terima bahawa dia akan mati. Ketika Haziq semakin lemah, dia meluahkan penyesalannya dan meninggalkan permintaan terakhir yang membuatkan Haziq tergamam.

Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia. Hisyam redha dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.

GAMBAR PELAKON
Zahir Tak Terucap

Zahir Tak Terucap

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow