,

Siapa Dia Sebenarnya (TV3)

September 09, 2017

Siapa Dia Sebenarnya

Jangan lupa saksikan telefilem seram 'Siapa Dia Sebenarnya' karya Adza Emie Adena, arahan Ebby Saiful. Dibintangi Remy Ishak, Izzara Aishah, dan Nina Iskandar. Akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9 malam.

JUDUL : SIAPA DIA SEBENARNYA
TARIKH / MASA : Sabtu, 9 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Ebby Saiful
TERBITAN : Mache Allstar United
PELAKON : Remy Ishak, Izara Aishah, Nina Iskandar, Dato Seri Shahreza, Salimah Mahmud, Zulkifli Ismail, Elly Mazlein 

SINOPSIS SIAPA DIA SEBENARNYA
Adrianna telah berkenalan dengan seorang pemuda kacak bernama Qalif. Hanya 4 bulan bercinta, Adrianna dan Qalif telah bernikah. Beberapa hari kemudiannya mereka ke sebuah pulau untuk berbulan madu. Suatu malam di pulau tersebut, mereka terserempak dengan seroang gadis yang wajahnya penuh dengan kesan parut. Gadis itu seakan terkejut apabila melihat Qalif.

Adrianna berasa tidak sedap hati dan mula menyiasat. Dalam masa yang sama dia sedang membuat kertas kerja berkaitan dengan tiga kes bunuh dimana cara pembunuhan mereka hampir sama. Adrianna tidak berkongsi dengan Qalif tentang siasatannya itu. Sehinggalah satu malam Qalif cuba membunuh Adrianna namun sempat diselamatkan Haziqah, gadis bermuka parut yang pernah berkahwin dengan Qalif dulu.

Pelakon Siapa Dia Sebenarnya
Pelakon telemovie Siapa Dia Sebenarnya

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow