Kayuhan Kasih Ayah (TV3)

Kayuhan Kasih Ayah

Saksikan kisah penuh pengajaran dalam telefilem Kayuhan Kasih Ayah arahan Idora Abdul Rahman. Lakonan Aman Graseka, Balqish Semundur Khan, Rafael El Arash, Asri Iskandar dan ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu ini pukul 9.00 malam. 

JUDUL : KAYUHAN KASIH AYAH 
TARIKH / MASA : Sabtu, 16 September 2017. 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Jo Sidek
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail

SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH 
Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.

Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yaim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?

Kayuhan Kasih Ayah