,

Hijrah Di Ufuk Senja

September 22, 2017

Hijrah Di Ufuk Senja

Telefilem khas sempena Maal Hijrah bertajuk Hijrah Di Ufuk Senja akan disiarkan di TV2 pada Jumaat ini pukul 9.30 malam di TV3. Telfilem sentuhan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Dibintangi oleh Azhan Rani, Eenaz Mokhtar, Nadia Aqila, Ruzana Ibrahim, dan Putri Syahadah Nurqseh. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonya menerusi portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : HIJRAH DI UFUK SENJA
TARIKH / MASA : Jumaat, 22 September 2017, 9.30 malam 
SIARAN : TV2 | RTM (Istimewa Maal Hijrah)
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Eenaz Mokhtar, Nadia Aqila, Ruzana Ibrahim, Putri Syahadah Nurqseh

SINOPSIS HIJRAH DI UFUK SENJA
Kisah Saiful, seorang suami yang kehilangan isteri dan anak-anaknya akibat kecuaiannya sendiri. Setelah kejadian yang menimpa keluarganya, Saiful dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan. Dia merasa bersalah kerana menjadi punca isteri dan anak-anaknya mati dibunuh. Selepas pulang ke rumah dia asyik ternampak isteri dan anak-anaknya muncul dan bercakap-cakap dengannya.

Sementara itu Madiha turut dihantui perasaan bersalah kerana menghantar abangnya, Maman ke rumah Saiful sehingga terjadinya pembunuhan itu. Madiha mencari peluang untuk berterus terang dengan Saiful tetapi setiap kali berdepan Saiful, lidahnya kelu.

Suatu hari kereta Saiful rosak dan dibantu oleh Osman yang kemudiannya mempelawa dia belajar agama. Setelah Saiful bersetuju, Osman mengatur pertemuan Saiful dengan Tok Ayah iaitu guru agamanya. Saiful datang bersama Madiha dan Madiha mendapati ajaran yang disampaikan oleh Tok Ayah agak pelik lalu bertanya. Madiha dihalau oleh Tok Ayah dan pengikut-pengikutnya tetapi Saiful tetap berada di situ hingga tamat.

Esoknya Madiha datang ke pejabat Saiful dan memberitahu Saiful kebimbangannya tentang ajaran Tok Ayah tetapi Saiful seperti tidak mengendahkannya. Husna, kawan serumah Madiha telah menemui bukti bahawa ajaran Tok Ayah adalah ajaran sesat.

Madiha dan Husna menemui Saiful untuk memberitahunya. Rupanya Saiful sudah tahu dan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa sehingga Tok Ayah ditangkap. Madiha tidak dapat lena pada malam itu kerana belum berterus terang lalu ke rumah Saiful.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow