Kelip-Kelip Di Kota London (TV3)

Kelip-Kelip Di Kota London

Nantikan drama bersiri Kelip-Kelip Di Kota London yang bakal mengisi slot Zehra di TV3. Menampilkan lakonan Hafidz Roshdi dan Hanna Aqeela sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Murali Abdullah dibawah terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Saksikan drama Kelip-Kelip Di Kota London bermula 14 Mac 2018, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : KELIP-KELIP DI KOTA LONDON 
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mac 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
PENULIS SKRIP : Nurull Halawati
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Hanna Aqeela, Rizz Ismail, Putri Hanan, Haliza Misbun, Nadiyah Shahab, Zain Saidin, Ezany Nizariff, Tony Eusoff, Fendi Seman, Helmey Hamdah 

WATAK PELAKON 
Hafidz Roshdi sebagai Shaufiq
Hanna Aqeela sebagai Insyirah
Rizz Ismail sebagai Daniel
Putri Hanan sebagai Aida
Nadiyah Shahab sebagai Jasmine
Haliza Misbun sebagai Datin Maream
Zain Saidin sebagai Saddiq
Tony Eusoff sebagai Dato Mukhriz
Ezany Nizariff sebagai Dato Radzi

LAGU TEMA / OST 
Dato' Siti Nurhaliza & Judika - Kisah Ku Inginkan

SINOPSIS KELIP-KELIP KOTA LONDON 
Mengisahkan seorang jejaka kacak dan berharta, Syed Syaufiq yang merupakan seorang jejaka penggemar hiburan dunia. Kekayaan Syaufiq diwarisi daripada syarikat perniagaan tekstil Al-Haffiy milik ayahnya, Syed Mukhriz. Demi menyiapkan anaknya dengan ilmu keusahawanan, Syed Mukhriz menghantar Syaufiq ke University of Cambridge, London. Di sana, hati Syaufiq terpahat apabila melihat Nur Insyirah yang sedang solat di satu penjuru taman rekreasi.

Terpukau melihat kecantikan Insyirah, Syaufiq mula mendekatinya dan mengenalinya. Seperti jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, Syaufiq juga mula mendekati agama Islam melalui dorongan dan ajaran Insyirah sehingga mereka mendirikan rumah tangga. Namun, sebaik sahaja berita pernikahan mereka tiba di Malaysia, Syed Mukhriz mula menerangkan wasiatnya yang tertulis harta warisan Al-Haffiy hanya akan jatuh kepada Syaufiq sekiranya Syaufiq menikahi Sharifah Jasmine dan mendapatkan seorang anak lelaki.

Dapatkah Syaufiq bertahan tanpa kemewahannya? Atau adakah Syaufiq akan menikahi Sharifah Jasmine dan membolot harta pusaka keluarganya?

GAMBAR PELAKON
Kelip-Kelip Kota London