,

Cinta Gred A (TV3)

August 11, 2017

Cinta Gred A

Saksikan telefilem Cinta Gred A lakonan Syafie Naswip dan Elisya Sandha yang akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada hari Sabtu ini pukul 9 malam. 

JUDUL : CINTA GRED A
TARIKH / MASA : Sabtu, 12 Ogos 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Ansar Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Sharifah Shahirah, Elisya Sandha, Kodi Rasheed, Nik Adam Mika, Zulkifli Ismail, Kay Maria

SINOPSIS CINTA GRED A 
Kisah Ameer pelajar cemerlang setiap semester, namun beliau selalu anggap yang dirinya sudah bagus. Oleh itu, beliau diuji, apabila disatukan kumpulan bersama pelajar yang sering gagal.

Ameer mempunyai visi untuk mendapat CGPA 4.0 setiap semester. Tiada masalah bagi pelajar cemerlang sepertinya namun pada semester akhir, Ameer mengambil satu subjek di mana penyarahnya bernama Dr. Arman sangat cerewet. Sudahlah cerewet, dia juga sukar untuk dibawa berbincang.

Dr Arman menggunakan kuasa vetonya dalam menetapkan ahli kumpulan. Ameer terpilih untuk menjadi satu kumpulan dengan Mira, seorang pelajar yang sering gagal, dan Kak Jai, pelajar yang sudah berumahtangga. Ameer bimbang akan prestasinya kerana Mira dan Kak Jai tidak boleh diharap dalam mengendalikan projek kumpulan. Ameer merasakan dirinya sudah cukup bagus tanpa pendulikan perasaan ahli kumpulannya.

Pelbagai dugaan yang dihadapi Ameer sepanjang menyiapkan projek akhirnya membuat Ameer sedar bahawa sebenarnya Mira dan Kak Jai telah banyak membantunya dalama bahagian lain.

Pelakon Cinta Gred A
Barisan pelakon telemovie Cinta Gred A

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow