Menantu Second Class (TV9)

Menantu Second Class

Saksikan telefilem Menantu Second Class lakonan Mimi Lana, Mustaqim Bahadon, dan Sheila Mambo yang akan disiarkan menerusi slot Skrin di 9, Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9. 

JUDUL : MENANTU SECOND CLASS
TARIKH / MASA : Isnin, 3 Julai 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin di 9 (TV9)
SKRIP : Ahmad Hamdan Abdullah Tawadi
PENGARAH : Che Mie
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Mustaqim Bahadon, Mimi Lana, Sheila Mambo, Kamal Sumbu, Talha Harith, Tash Yong, Farah Ahmad

SINOPSIS MENANTU SECOND CLASS
Fatin dilayan bagaikan menantu 'second class' oleh ibu mertuanya, Mak Leha. Fatin terperangkap di dapur, memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Sedangkan dua menantu perempuan lain, bergaya bagakan ratu cantik dan bersembang dengan gembiranya. Dia dilayan sebegitu kerana menantu yang lain semuanya bekerjaya sedangkan Fatin hanya seorang suri rumah. Fatin menggelarkan Sutinah sebagai 'Menantu Maharaja' dan menggelar menantu sulung, Ana yang bekerja sebagai eksekutif sebagai 'Menantu New Zealand'.

Pelakon Menantu Second Class
Pelakon telefilem Menantu Second Class