Azrul Bendul (TV9)

Azrul Bendul

Janngan lupa saksikan gandingan Aiman Hakim Redza dan Syainie Aida dalam telefilem Azrul Bendul arahan Shuhaimi Lua. Akan disiarkan di TV9 pada hari Isnin ini pukul 8.30 malam .

JUDUL : AZRUL BENDUL 
TARIKH / MASA : Isnin, 17 Julai 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Lela Mohd / Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Aiman Hakim Redza, Syainie Aida, Kuza, Ezzaty Abdullah, Hamdan Senario, Nina Smith, Laila Nasir, Shah Radhi, Amir Rajalawak

SINOPSIS AZRUL BENDUL 
Mengisahkan Azrul seorang jejaka kampung yang lurus bendul. Namun, di sebalik kekurangannya itu, dapat menawan hati Suraya yang baginya Azrul, berbeza dengan lelaki yang lain.

Azrul bekerja dengan membantu ayahnya, Bakar seorang askar pencen, di dusun dan sawahnya. Dalam kawasan tempat tinggalnya, terdapat Suraya yang berminat dengan Azrul. Dia sangat jujur dan amanah. Begitu juga dalam hubungan mereka. Dia mahu mempersuamikan Azrul.

Pelakon Azrul Bendul

Apabila Diana mendapat tahu, Diana mula menabur khabar angin. Dia disuruh ibunya untuk mendekati Azrul dengan alasan, bapa Azrul, bakar seorang yang kaya harta. Niat buruk Diana dan Bibi gagal apabila perbualan mereka bocor. Akibat dariapda perbuatan memalukan itu, Bibi dan Diana berpindah. Azrul dan Suraya pula mengikat ikatan mereka dengan bahagia.