Drama Perempuan Paling Bahagia

Perempuan Paling Bahagia

Nantikan drama Perempuan Paling Bahagia adaptasi novel karya Syamnuriezmil yang bakal mengisi slot Raihana di saluran Astro Oasis. Menampilkan gandingan suami isteri Zahiril Adzim dan Shera Aiyob. Diarahkan oleh Jamal Khan diabwah terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Akan ditayangkan bermula 4 September ini, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00 malam di saluran  Astro Oasis & Maya HD.

JUDUL : PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
TARIKH / MASA : September 2017
SIARAN : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Jamal Khan 
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PELAKON : Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Syafiq Sahli, Uqasha Aenrose, Amir Nafis, Shahera Manrose, Ryzal Jaafar, Zowa Zahari, Zulkifli Ismail, Idris Mad Diah, Rosnah Johari

WATAK PELAKON 
Zahiril Adzim sebagai Rafa
Shera Aiyob sebagai Arissa
Luqman Hafidz sebagai Rafi
Sara Ali sebagai Mia/Nia
Ako Mustapha sebagai Dato Rafail
Liza Abdullah sebagai Datin Zarina
Shahera Manrose sebagai Murni
Syafiq Sahli sebagai Syukri
Amir Nafis sebagai Dollah
Uqasha Senrose sebagai Maya
Zowa Zahari sebagai Hafiz
Ryzal Jaafar sebagai Zafran
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Asyraf

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Menahan Rindu
Penyanyi : Wany Hasrita

SINOPSIS PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya

GAMBAR PELAKON 
Pelakon Perempuan Paling Bahagia
Pelakon drama Perempuan Paling Bahagia
Drama Perempuan Paling Bahagia
barisan pelakon