,

Telefilem Hassan (TV3)

June 23, 2017

Hassan TV3

Istimewa raya ini, TV3 akan menyiarkan telefilem arahan Shuhaimi Lua berjudul Hassan manampilkan lakonan Redzwan Adha, Shafiq Kyle, Nonny Nadirah, Man Kadir dan Rosnah Mat Aris. Disiarkan pada hari Ahad jam 5 petang. 

JUDUL : HASSAN
TARIKH / MASA : Ahad, 25 Jun 2017, 5.00 petang
SIARAN : TV3
SKRIP : Marziah Ab Manaf
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Redzwan Adha, Shafiq Kyle, Nonny Nadirah, Man Kadir, Rosnah Mat Aris

LAGU TEMA / OST
Nilai Kasih - Izzmad Harun
Lirik : Shuhaimi Lua/ Lanz Mohd Tahir

SINOPSIS HASSAN 
Hassan ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama abang tirinya, Fuad. Tiada sesiapa yang menyukai Hassan termasuk Fuad, Jah dan kanak-kanak lain. Mereka sering memberikan layanan buruk kepada Hassan hanya kerana rupanya yang selekeh. Namun, Hassan tidak pernah ambil kisah. Pak Samad, suami kepada Jah sering mempelawa Hasan untuk menjamu makanan sedap yang dimasak oleh Jah. Malahan, Hassan juga berkawan baik dengan anak perempuan mereka, Liya. Suatu hari, Fuada terlibat dalam kemalangan kecil. Hassan telah menjaganya dengan teliti. Sejak itu, Fuad menyedari kebaikan daripada Hassan dan bukannya penampilan fizikalnya yang kurang menarik.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow