,

Jam Aju Tanpa Jarum (TV2)

May 19, 2017


JUDUL : JAM AJU TANPA JARUM
TARIKH / MASA : Jumaat, 19 Mei 2017, 10.00 malam
SIARAN : TV2 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Allegro Rhythm
PELAKON : Beto Kusyairy, Uqasha Senrose, Fazlie Daniel, Joey Daud, Firdaus Ghufran, Afieq Shazwan

SINOPSIS JAM AJU TANPA JARUM
Kisah kanak-kanak bernama Aju, seorang berpewatakan pendiam dan suka sentiasa mengasingkan diri. Namun di sebalik sikapnya itu, dia mempunyai satu keistimewaan iaitu mahir membuat dan mengukir pelbagai corak jam dari kepingan kayu untuk jualan di kedai Nida.

Tetapi yang menariknya setiap jam yang dibuat oleh Aju pasti terhasil tanpa jarumnya. Ada juga yang menegur sebaliknya Aju tetap dengan pendiriannya mahu ianya terus begitu.

Sementara itu Boy, teman baharu yang tinggal berhadapan dengan rumah Aju dan Arman, bapa Aju bertanyakan kenapa Aju membuat jam tanpa jarum. Justeru Aju berterus-terang bahawa tujuan dirinya membuat jam tanpa jarum adalah kerana berpegang kepada pesanan arwah ibunya bahawa perjalanan masa adalah di bawah kawalan kita sendiri dan bukan oleh orang lain.

Keakraban Amran yang juga duda dengan Nida, ibu Boy yang bergelar ibu tunggal telah membuat Aju marah sehingga sanggup menghilangkan diri dari rumahnya. Kesedihan Amran cuba digembirakan oleh Zul, rakan kongsi bisnes nasi beryani, dengan berita kelulusan pembukaan bisnes mereka, sebagaimana yang dicita-citakan oleh arwah isteri Amran.

Namun pada masa sama Amran tetap bersedih dengan tindakan anak tunggalnya itu. Meskipun marah dia berusaha sepenuh hati mencari Aju di mana sahaja. Dia tidak mahu kehilangan anaknya itu dan memastikan anaknya selamat.

Akhirnya mereka berjaya menjejak Aju yang tidur di kaki lima berdekatan dengan kedai Nida. Amran sedia memenuhi keinginan Aju untuk tidak meneruskan hubungannya dengan Nida. Sebaliknya Amran cuba untuk hanya menumpukan sepenuh perhatian membesarkan perniagaannya dengan Zul.

Lalu apakah pengakhiran hubungan Amran dengan Nida? Adakah Aju berubah hati mahu menerima hubungan antara ayah dengan ibu kawannya itu?

Jam Aju Tanpa Jarum
Pelakon telemovie Jam Aju Tanpa Jarum

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow