Cikgu Manik Urai (TV2)

Cikgu Manik Urai

Sempena sambutan Hari Guru, RTM akan menyiarkan telefilem bertajuk ‘Cikgu Manek Urai’ pada 16 Mei 2017, jam 10 malam di TV2. Menampilkan lakonan Risteena Munim, Zek Zamri, Asrulfaizal, Mustapha Kamal, dan Bea Rameshan

JUDUL : CIKGU MANIK URAI
TARIKH / MASA : Selasa, 16 Mei 2017, 10.00 malam 
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PELAKON : Risteena Munim, Zek Zamri, Asrulfaizal, Mustapha Kamal, Bea Ramesha

SINOPSIS CIKGU MANIK URAI
Mengisahkan Cikgu Shahirah yang telah dipindah untuk mengajar ke Sekolah Kebangsaan Manik Urai. Di sekolah itu terdapat seorang anak murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran kerana trauma disebabkan banjir besar.

Dalam masa yang sama ada seorang majistret bernama Iqbal meminati Cikgu Shahirah. Iqbal tidak berani untuk memberitahu Cikgu Shahirah tentang niatnya untuk memperisterikan Cikgu Shahirah.

Wawa adalah seorang murid yang menghidap penyakit disleksia iaitu mudah lupa. Malangnya ibunya tidak memberikan kerjasama pada guru yang mahu membantu Wawa. Cikgu Shahirah memberikan perhatian lebih pada Wawa kerana dia juga menghadapi rabun jauh.

Iqbal terlalu rindu pada Cikgu Shahirah sehingga sanggup pindah ke mahkamah Pasir Mas supaya berada berdekatan dengan Cikgu Shahirah. Keluarga Wawa telah diberikan rumah baru. Namun adakah Cikgu Shahirah bersetuju Iqbal masuk meminangnya?