Yam Melaram (TV9)

Yam Melaram

Saksikan telefilem Yam Melaram arahan Emi Suffian. Dibintangi oleh Sherry Alhadad, Nadzmi Adhwa, Azhan Rani, Nonny Nadirah dan ramai lagi. Disiarkan di TV9 pada Isnin ini pukul 8.30 malam. 

JUDUL : YAM MELARAM
TARIKH / MASA : Isnin, 1 Mei 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Timore Niaga Sdn Bhd
PELAKON : Sherry Alhadad, Nadzmi Adhwa, Nonny Nadirah, Azhan Rani, Ropie,  Ain Sufia, Zila Bakarin

SINOPSIS YAM MELARAM 
Mariam yang juga dikenali sebagai Yam gagal menjadi seorang pelakon kerana fizikalnya gempal. Dengan perasaan kecewa dia membawa diri pulang ke kampung dan di sana lebih banyak waktunya diisi dengan menonton filem hebat. Namun aktiviti hariannya itu tidak disenangi emaknya, Cik Leha, seorang penjual jamu yang berjaya di kampung itu.

Suatu hari, terdapat produksi penggambaran di kawasan rumah mereka yang mahu mencari pelakon. Mereka mengadakan uji bakat berlakon dan Yam tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Siapa sangka impian Yam untuk berlakon akhirnya menjadi kenyataan. Dia tidak sangka usahanya selama ini berjaya dan baginya kelainan fizikal tidak menjadi penghalang buatnya.