Siapa Tak Sayang Laki (TV2)


JUDUL : SIAPA TAK SAYANG LAKI
TARIKH / MASA : Selasa, 25 April 2017, 10.00 malam, 
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Global Flagship Sdn Bhd
PELAKON : Zahiril Adzim, Ozlynn Watie, Kazar Saisi, Fariz Isqandar, Gya Natasya

SINOPSIS SIAPA TAK SAYANG LAKI
Mngisahkan Yunus bekerja sebagai akauntan syarikat manakala isterinya Liza sebagai seorang ejen hartanah dan mereka memiliki dua orang anak. Yunus terpaksa mengikat perut demi untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga manakala isterinya bersikap boros dan sentiasa melancong ke luar negara sendirian.

Sementara itu rakan sekerja Yunus iaitu Ghani dan Aziz melakukan pecah amanah duit syarikat sebanyak RM1 juta. Mereka cuba untuk menyogok Yunus tetapi gagal akibat sikap Yunus yang jujur. Yunus bertemu dengan rakannya, Osman dan berkongsi masalahnya.

Atas nasihat temannya itu, Yunus hilang hampir seminggu dan Liza yang mula panik, membuat laporan polis. Bersusah payah dia cuba untuk mencari suaminya itu ke mana sahaja. Namun
usahanya tetap gagal. Yunus hilang tanpa jejak dan sebarang pesan.

Dalam pada itu kemudiannya kegiatan pecah amanah terbongkar apabila Ghani mengaku bersalah. Yunus ingin kembali ke pangkuan isteri dan keluarganya. Namun adakah Liza sedia untuk berubah membantu Yunus menguruskan keluarga mereka?

Pelakon Siapa Tak Sayang Laki
Pelakon telemovie Siapa Tak Sayang Laki