,

Isteriku Cikguku (TV3)

April 29, 2017

Isteriku Cikguku

Saksikan telefilem Isteriku Cikguku lakonan Syafiq Kyle dan Izara Aisyah yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9.00 malam. 

JUDUL : ISTERIKU CIKGUKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Muhammad Nor Zaidy Abdullah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A Aida Production
PELAKON : Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Azlan Mokhtar, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris, Sabhi saddi

SINOPSIS ISTERIKU CIKGUKU
Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak  mengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

You Might Also Like

1 comments

recent posts

Facebook

Follow