Takdir Yang Terhenti (TV3)

Takdir Yang Terhenti

Jangan lupa saksikan telefilem Takdir Yang Terhenti arahan Eoon Shuhaini untuk DFKL 2017. Menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Zara Zya, Jasmine Suraya, Amirul Faqeem dan ramai lagi. Akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9.00 malam. 

JUDUL : TAKDIR YANG TERHENTI
TARIKH / MASA : Sabtu, 4 Mac 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Shukran Shafiq
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn. Bhd.
PELAKON : Syafiq Kyle, Zara Zya, Jasmine Suraya, Amirul Faqeem, Ku Faridah, Feiyna Tajudin, Liza Zain, Azzam Zamani

SINOPSIS TAKDIR YANG TERHENTI
Asif sudahpun mempunyai cinta hati sendiri begitu juga Raudhatul. Namun, atas aturan keluarga Asif dan Raudhatul dikahwinkan. Sejak itu, Asif menjadi panas baran dan sering memarahi Raudhatul.

Apabila cinta membawa kita mengenali Allah maka pilih cinta itu. Seorang gadis cina iaitu Marie terjebak dengan kemunafikan cinta iaitu Asif sehingga membuatkan Marie jatuh cinta pada agama Islam. Dia membuang cinta palsu lalu memilih cinta yang kekal. Asif yang dahulunya hanya munafik demi cinta akhirnya terperangkap dalam agama sendiri dengan rasa berdosa. Perkenalan antara Raudhatul dan Ustaz Daniel membawa erti keberkatan dan restu dalam hubungan cinta. Apakah yang akan terjadi apabila hidayah mengiringi dalam setiap permainan cinta mereka?

Pelakon Takdir Yang Terhenti
Pelakon telemovie Takdir Yang Terhenti