,

Kekasih Elektrik (Astro)

March 10, 2017

Kekasih Elektrik

Saksikan telefilem terbaru arahan Razaisyam Rashid bertajuk Kekasih Elektrik. Menampilkan ramai pelakon handalan tanah air seperti Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Beto Kusyairi, Bront Palarae, dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada Sabtu ini, 11 Mac jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 dan Astro Mustika HD saluran 134.

JUDUL : KEKASIH ELEKTRIK
TARIKH / MASA : Sabtu, 11 Mac, 9.00 Malam
SIARAN : Astro Citra 131 & Astro Mustika 134
SKRIP : Nazri M. Annuar
PENGARAH : Razaisyam Rashid​
TERBITAN : Playground Productions​
PELAKON : Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Beto Kusyairi, Bront Palarae, Iedil Putra, Tony Eusoff, Fahad Iman, Yuhaizah Lee, Yuyun Yuzlin, Azman Hassan, Megat Sharizal

SINOPSIS KEKASIH ELEKTRIK
Kisah Amri, seorang novelis dikunjungi oleh seorang gadis misteri yang muncul secara tiba-tiba di kedainya. Namun, hanya dia sahaja yang boleh melihat gadis tersebut yang juga kehilangan memori.

Amri seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta. Bagaimanapun cinta itu kemudiannya datang tanpa sengaja dalam kehidupan Amri selepas dia terbabit dalam insiden kemalangan renjatan elektrik.

Bagaikan penghubung, renjatan elektrik tersebut menghadirkan Puspa dalam kehidupan Amri.

Istimewanya, hanya Amri yang mampu memahami Puspa, melayani masalah Puspa dan mengesan aura cinta dalam perhubungan itu.

Adakah Amri akan tunduk kepada cinta yang muncul setelah kehadiran Puspa dan bagaimana nasib Puspa yang hadir bagaikan misteri itu dalam kehidupan Amri?

Mungkinkah itu sekadar imaginasi Amri dalam memahami erti sebuah cinta?

Kekasih Elektrik
Pelakon Kekasih Elektrik
barisan pelakon

You Might Also Like

1 comments

  1. boleh saya tahu tak apa nama tajuk lagu dalam cerita ni? lagu pertama masa introduction dia

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow