,

Telefilem Saling (TV1)

19:00:00

Saling TV1

Saksikan telefilem untuk slot Tribute P.Ramlee berjudul 'Saling' arahan Wan Afzam Wan Daud. Dibarisi pelakon seperti Khir Rahman, Aisya Hasnaa, Bell Ngasri, Kazar, Amerul Affendi, Amyza Adnan dan ramai lagi. Bersiaran pada Sabtu 4 Februari, pukul 9.00 malam di TV1. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

JUDUL : SALING 
TARIKH / MASA : Sabtu, 4 Februari 2017, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Khir Rahman (Rawan), Aisya Hasnaa (Melur), Bell Ngasri (Ajun), Raif Irfan (Umar), Tan Mei Ling (Ma Mailee) Thor Kar Hong (Kim), Kazar (Daman), Amerul Affendi (Suffian), Amyza Adnan (Mahira), Hushairi Husin (Pali)

SINOPSIS SALING (TV1)
Rawan, seorang bapa tunggal anak satu yang menyara hidup sebagai penarik beca. Rawan sangat menyayangi anaknya Umar hingga segala-gala tentang Umar adalah betul. Menjadi bapa tunggal, merapatkan lagi Rawan dengan Umar. Umar petah bercakap. Agak nakal di belakang ayahnya, namun hakikatnya dia sangat sayang ayahnya.

Rawan menghantar Umar ke sekolah menaiki beca. Rawan bekerja sebagai penarik beca di tengah bandar Melaka. Hanya mereka berdua usaha hidup sebaik mungkin. Rawan disenangi ramai dan dia kenal dengan ramai orang terutama yang sering menaiki beca. Rawan berkawan dengan Abang Daman dan Sufian.

Suatu hari bekas isteri Rawan iaitu Mahira datang mahu bawa Umar ke Kuala Lumpur. Rawan pertahankan Umar dan Umar juga tidak mahu mengikuti ibunya. Hidup Mahira tidak menentu, tinggal dengan bukan suaminya, namun Mahira mendapatkan surat mahkamah dan akan cuba mendapat hak menjaga Umar. Rawan tidak faham mengapa bekas isterinya begitu berdendam sedangkan dia sendiri yang paksa Rawan menceraikannya dahulu untuk hidup senang di Kuala Lumpur.

Umar cuba pujuk Mahira tetapi Mahira beri pula syarat yang dia mahu RM20 ribu jika Rawan tidak mahu kes jagaan anak berpanjangan. Rawan resah terpaksa usaha mencari wang dalam tempoh 2 bulan yang diberikan.

Saling TV1
pelakon telefilem Saling
Sementara itu Melur pula bekerja di sebuah kedai sulaman milik Ma Mailee bersama suami iaitu Kim. Ma Mailee tegas orangnya. Kim bantu isterinya menguruskan kedai dan rajin bersenam berjalan sekitar kawasan kedai kedai. Ma Mailee juga tegas dengan suaminya. Mereka mudah bertelagah namun sebenarnya itulah yang mengikat makna kasih sayang semasa mereka. Melur sudah faham dengan pasangan suami isteri yang baginya baik hati ini.

Ma Mailee mengajar Melur cara membuat sulam yang paling baik. Melur tinggal di belakang kedai yang diberi oleh Ma Mailee yang menyelamatkan Melur daripada abang tirinya yang tidak bertanggungjawab, Pali. Dalam pada itu Ma Mailee selalu menjadi pelindung kepada Melur yang diganggu oleh Pali.

Kisah Ajun pula, pemiik kedai gunting rambut lelaki baru dapat berita kematian kekasihnya. Ajun cuba melupakan kesedihannya, Surya. Kedai Ajun tidak jauh dengan kedai Ma Mailee. Ma Mailee dan Kim lebih tahu latar kisah kecewa Ajun tetapi sentiasa tegaskan Ajun lelaki dan lelaki harus kuat hati. Ma Mailee selalu minta Melur hantarkan kuih putu piring kepada Ajun. Ajun selalu mahu cuba cungkil rahsia siapa sebenarnya Melur itu tetapi Melur pandai mengelak namun mereka baik sesama mereka.

Ketiga-tiga mereka ini punya latar masalah yang menghimpit menduga. Mereka saling bertemu tanpa tahu latar masalah masing-masing namun mendapat penawar tanpa mereka sedari.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow