Isteri-Isteri Ayah (TV3)

Isteri-Isteri Ayah

Drama bersiri Isteri-Isteri Ayah bakal menemui penonton di slot Iris TV3. Membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Liza Abdullah, Azza Elite, Faye Kusairi dan ramai lagi. Arahan sutradara Jamal Khan. Nantikan tayangannya bermula 3 Julai nanti, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3. 

JUDUL : ISTERI-ISTERI AYAH 
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : SRS Productions Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Jalaluddin Hassan, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Liza Abdullah, Azza Elite, Faye Kusairi, Ira Ghani, Azad Jazmin, Eira Syazira, Rozie Othman, Sharifah Asyikin, Watie Sadali

WATAK PELAKON 
Syazwan Zulkifly sebagai Nizam
Wan Sharmila sebagai Farah
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Abang Kamal
Liza Abdullah sebagai Kak Ana
Azza Elite sebagai Zana
Faye Kusairi sebagai Wana

SINOPSIS ISTERI-ISTERI AYAH 
Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa di batalkan apabila zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki cruise ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki cruise tersebut.

Nizam dan Farah kesian melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Pelbagai masalah mula timbul apabila Kamal menjadikan rumah mereka seperti rumah sendiri. Kamal menjemput rakan-rakan niaganya untuk bermesyuarat di rumah mereka. Namun keadaan menjadi kacau bilau bila tiga wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bersama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana adalah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.

Nizam terkejut besar mendapat tahu yang selama ini ayahnya berkahwin lain. Lebih mengharukan, isteri-isteri yang lain tidak mengetahui mereka mempunyai madu lain selain arwah Zakiah. Masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu keluar daripada rumah Nizam selagi Kamal tidak membuat keputusan siapakah diantara mereka yang akan diceraikan.

GAMBAR PELAKON
Isteri-Isteri Ayah

Pelakon Isteri-Isteri Ayah
barisan pelakon drama Isteri-Isteri Ayah