Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire

Pembancuh Kopi Mr Vampire

Drama adaptasi novel Kopi Mr Vampire karya Aii Fariza akan datang di HyppTV. Drama arahan Eyra Rahman ini akan menampilkan lakonan Ungku Ismail Aziz dan Nazeera Sardi sebagai pelakon utama. Akan mula bersiaran pada 15 Mac ini, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam di HyppSensasi Saluran 116. Muat turun applikasi #HyppTVEverywhere di apps store atau google store untuk menonton HyppTV.

JUDUL : PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Mac 2017
HARI / MASA : Rabu-Khamis, 9.00 malam
SIARAN :  HyppSensasi 116 (HyppTV)
PENULIS NOVEL : Aii Fariza
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mangkin Prestij
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Nazeera Sardi, Lia Natalia, Fatin Afeefa, Sharifah Shahora, Shahronizam, Ellyas Abdullah, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Fahmy Reza, Adam Shahz, Shima Anuar, Amanda Hariz, Ellyas Abdullah, Epy Kodiang, Nasir Bilal Khan, Serina Redzuawan

WATAK PELAKON 
Ungku Ismail Aziz sebagai Alif Irsyad
Nazeera Sardi sebagai Nuzul Filzah
Lia Natalia sebagai Nuha Filzah
Aizat Hassan sebagai Irham
Fatin Afeefa sebagai Nurin Filzah
Amanda Hariz sebagai  Nazeera
Sharifah Shahora sebagai Puan Sri Ayuni
Shahronizam sebagai Tan Sri Jefri
Ellyas Abdullah sebagai  Safwan
Adam Shahz sebagai Saiful
Shima Anuar sebagai Laila
Serina Redzuawan sebagai Datin Maizah
Dayang Areeda seagai Irina
Fahmy Reza sebagai Megat Benjamin

SINOPSIS PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE
Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka duka antara mereka berdua. 

GAMBAR PELAKON 
Pembancuh Kopi Mr Vampire
Pelakon Pembancuh Kopi Mr Vampire
Pelakon drama Pembancuh Kopi Mr Vampire