, ,

Drama Ainur Mardhiyah (TV9)

16:00:00

Ainur Mardhiyah

Drama bersiri terbaharu Ainur Mardhiyah bakal menghiasi slot Azalea. Membariskan pelakon-pelakon seperti Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam Zaidi dan Neera Azizi. Drama terbitan produksi Creative Skill Solution itu akan hadir sebanyak 20 episod hasil nukilan Nhazz Ayunie dan diarahkan oleh Zamri Zakaria. Nantikan kemunculan mereka bermula 22 November ini, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : AINUR MARDHIYAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 November 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
IDEA ASAL : Nhazz Ayunie
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Khaty Azean, Niezam Zaidi, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zarynn Zarynn, Ramli Salleh, Islah Abdul, Fatihah Baharum, Siti Ruwivani

WATAK PELAKON
Sura Sojangi sebagai Dhiya (Ainur Mardhiyah)
Sura Sojangi sebagai Dhiya
Zahiril Adzim sebagai Saiful
Niezam Zaidi sebagai Keifli
Neera Azizi sebagai Aina Safiyyah
Khaty Azean sebagai Mar (Ainul Mardhiyah)
Fara Mendoza sebagai Maya
Delimawati  sebagai Che Yam
Zarynn Zarynn sebagai Che Pora
Rahim Kidol sebagai Tok Ketua
Ramli Salleh sebagai Malim
Bella Nazari sebagai Kak Lin
Siti Ruwivani sebagai Tok Lang
Ahya Rosli sebagai Miki

LAGU TEMA / OST AINUR MARDHIYAH
Andai Ku Bisa - Iskandar
Biar - Najwa Latif
Luar Biasa - Diana Danielle
Menatap Dalam Mimpi - Dato Siti Nurhaliza
Video & Lirik ➔ Link

SINOPSIS AINUR MARDHIYAH
Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung.

Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.

Malang tidak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nenek dan datuk Dhiya terlibat dalam satu kemalangan dan Dhiya tinggal bersendirian. Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Selepas itu, Dhiya nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di menara gading. Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya pindah.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa. Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yang tabah untuk mengharungi kehidupannya seorang di bandar. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama.

Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.

Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.

Dhiya juga bertemu semula dengan Saiful dan Kiflie. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dengan Saiful dan Kiflie?

GAMBAR PELAKON
Ainur Mardhiyah

Pelakon Ainur Mardhiyah
Pelakon utama drama Ainur Mardhiyah
Ainur Mardhiyah tv9
"Aku Bukan Yang Terbaik Tapi Aku Tak Jahat "

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow