,

Drama Biar Aku Jadi Penunggu (TV3)

18:00:00

Biar Aku Jadi Penunggu

Saphire Screen akan membawakan drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi daripada novel karya Arsha. Bakal menyaksikan gandingan mantap Ashraf Muslim dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Arahan daripada pengarah terkenal Michael Ang. Nantikan tayangannya di slot Akasia TV3 bulan Disember ini. Drama Biar Aku Jadi Penunggu akan bersiaran menerusi slot Akasia mulai 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di TV3.

JUDUL : BIAR AKU JADI PENUNGGU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Arsha
PENULIS SKRIP : Chinta Nadeesha & Ishak Mohamad
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Shah Tapaw, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad, Alex Davies, Azhar Amir, Dilla Ahmad, Nurwardah Hasan, Falisha Crossley, Fieza, Arif Azri

WATAK PELAKON
Ashraf Muslim sebagai Afeef Adwan
Janna Nick sebagai Ifaat Hamani
Fahmy Reza sebagai Rafaal Haziq
Nik Adam Mika sebagai Aqil
Miera Leyana sebagai Damia Hani
Dilla Ahmad sebagai Zubaidah
Sharifah Shahora sebagai Hasmidah
Roy Azman sebagai Pak Rahim
Octovia Manrose sebagai Hayati
Mahmod Ali Bashah sebagai Dato Azman
Wilma Mohamed sebagai Datin Maimon
Shah Iskandar sebagai Fazree
Amir Rahim sebagai Luthfi
Jasmine Ashraff sebagai Afwan
Alexander Davies sebagai Hadith
Azhar Amir sebagai Haji Ramli
Azar Azmi sebagai Afia Aliayana
Shah Sulaiman sebagai Lokman
Ruzanna Hazmi sebagai Rozita
Wardah Hassan sebagai Akma
Aiyu Hezan sebagai Nor Jannah
Fauzan Ghazali sebagai Dato Ehsan
Nor Shaida Ali Sabarmizi sebagai Datin Suraya
Nur Diyana Mohd Rosli seagai Isha
Fieza Jolie sebagai Atika

LAGU TEMA / OST BIAR AKU JADI PENUNGGU
Tajuk Lagu : Menanti Janji
Penyanyi : Ronnie Hussein
Video & Lirik → LINK

SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU
Ifaat Hamani (Janna Nick) dan Afeef Adwan (Ashraf Muslim) ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Ibunya tidak berkenan dengan gadis pilihan Afeef kerana dia mahukan menantu yang solehah. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat Hamani sebagai batu loncatan.

Ifaat terkejut dengan lamaran Afeef. Dia tidak sangka sahabat baiknya sejak bangku sekolah akan mengajaknya untuk berkahwin. Rafaal (Fahmy Reza) kecewa apabila mendapat berita Ifaat akan menjadi isteri kepada Afeef. Rafaal bertanya adakah Ifaat benar-benar mempunyai perasaan terhadap Afeef. Ifaat hanya membisu dan tidak mahu menceritakan tentang hai dan perasaanya kepada Rafaal.

Walaupun pada mulanya ragu-ragu dengan lamaran Afeef. Ifaat sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef dalam diam. Afeef berjanji bahawa dia akan setia kepada isterinya selama tiga tahun di luar negara. Dia juga akan kembali ke Kuala Lumpur untuk hidup bersama isterinya. Akhirnya Ifaat bersetuju dan berharap mereka akan hidup dengan bahagia seperti mana yang dijanjikan oleh Afeef.

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Ifaat menjadi keliru adakah dia silap kerana bernikah dengan lelaki yang tidak pernah mencintainya. Rafaal masih menaruh hati pada Ifaat. Dia bersimpati dengan naib Ifaat digantung tidak bertali oleh suaminya. Rafaal ingin membahagiakan hidup Ifaat Hamani, dia ingin menjadi kekasih Ifaat dan bakal suami Ifaat. Rafaal suruh Ifaat fikir masa depannya. Namun Ifaat tetap setia dan menjaga statusnya sebagai iseteri orang.

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga dengan Damia (Miera Leyana) di luar negara. Namun perkahwinan mereka gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu dan ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Dia mahu menebus kesilapannya.

Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah lenyap apabila dia mengenangkan pengkhianatan suaminya. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Harapan Rafaal untuk memiliki Ifaat dipendamkan sekali lagi. Rafaal amat marah dengan cara Afeef yang melayan isterinya dengan kasar. Walaupun Ifaat sedang bersedih dan luka dihatinya itu masih pedih, Rafaal tahu bahawa hati Ifaat hanya untuk Afeef.

Apabila Ifaat sudah lembut hati dan bersedia untuk memulakan kehidupan baharu dengan Afeef, Sekali lagi Ifaat terpaksa menanggung duka. Kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

GAMBAR PELAKON
Biar Aku Jadi Penunggu

Pelakon Biar Aku Jadi Penunggu
Pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu
Pelakon Biar Aku Jadi Penunggu tv3
antara pelakon lain

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow