,

Drama Umairah (TV3)

18:00:00

Umairah TV3

Nantikan drama terbaharu arahan Along Kamaludin bertajuk 'UMAIRAH'. Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini membariskan pelakon seperti Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Shiqin kamal dan ramai lagi. Bakal menemui penonton bermula 25 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi slot Samarinda TV3 .

JUDUL : UMAIRAH
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Layar Ceritera Sdn Bhd
PELAKON : Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin Kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Anne Abdullah, Shajiry, Baby Sofea, Anne Abdullah

WATAK PELAKON
Amar Asyraf sebagai Shahrizal
Lufya Omar sebagai Puteri Nur Umairah
Shah Iskandar sebagai Adam
Octovia Manrose sebagai Puteri Nur Sabrina
Shajiry sebagai Andy
Shiqin Kamal sebagai Nadia
Rahim Jailani sebagai Dato’ Amir
Dilla Ahmad sebagai Maryam
Anne Abdullah sebagai Datin Rubiah
Halimah Naim sebagai Tok Ma

Kodi Rasheed sebagai Ben
Aisyah Along Kamaludin sebagai Atikah
Shah Sulaiman sebagai Amar
Baby Sofea sebagai Aisyah
GM Fauzan sebagai Dato Jalal
Shahrul Zaman Sebagai Khairil

LAGU TEMA / OST DRAMA UMAIRAH
Lagu : Demi Cinta / Penyanyi : Ezad Lazim
Lagu : Ku Rindu / Penyanyi : Superchild
Lagu : Cinta Pura-Pura / Penyanyi : Aman Nassim
Video & Lirik : Link

SINOPSIS UMAIRAH
Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma . Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Kedatangan Shahrizal ke syarikat Garuda Global untuk mencari pekerjaan. Dia membawa keratan akhbar mengenai syarikat tersebut yang memaparkan jawatan kosong sebagai Akauntan. Dia ingin mencuba jawatan tersebut yang sesuai dengan kelayakannya sebagai Pemegang Ijazah Perakaunan. Apatah lagi, syarikat ini sememangnya tempat yang dia idamkan untuk bekerja sebelum ini. Akhirnya Shahrizal ditawarkan bekerja di syarikat Garuda Global sebagai Akauntan. Sementara itu Nadia, setiausaha Dato’ Amir tertekan apabila kekasihnya Andy yang merupakan bekas akauntan syarikat telah dipecat kerana kes pecah amanah. Dia mendesak Nadia untuk menjatuhkan Garuda Global secara perlahan-lahan dengan menyeludup beberapa dokumen penting untuk Andy.

Shahrizal diminta oleh Dato’ Amir untuk menjemput Umairah di lapangan terbang. Setibanya di lapangan, Rizal tercari-cari Umairah. Setelah menghubungi Umairah, dia seakan-akan tertarik dengan kelunakan suara Umairah memberi salam dan hatinya meronta-ronta untuk bertemu Umairah. Sangkaannya Umairah sudah tentulah cantik dan bergaya seperti Nadia namun sangkaannya meleset. Umairah memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Shahruzal yang sedang tercari-carinya. Sebaik saja Rizal toleh pandang Umairah. Dia sangat terkejut melihat penampilan Umairah yang berjubah dan tudung labuh serta nampak sangat kekampungan, muslimah sejati.

Dato Amir mahukan anaknya-anaknya kelak mengambil alih tempatnya di syarikat namun anaknya Umairah mahupun Sabrina tidak mempunyai kemahuan untuk mewarisi syarikat ayahnya itu. Suatu hari di pejabat, Dato’ Amir meminta Shahrizal untuk menjadi manantunya dan mengahwini Umairah. Apakah keputusan Shahrizal?

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

GAMBAR PELAKON 
Umairah TV3

Pelakon Umairah TV3
tahajud cinta Umairah
Tahajud Cinta Umairah
pelakon drama Umairah

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow