,

Drama Lelaki Macam Dia (Astro)

22:00:00

Lelaki Macam Dia

Nantikan drama bersiri adaptasi novel Mamat Muka Selenga karya Aliesha Kirana. Drama yang diberi tajuk Lelaki Macam Dia itu, menampilkan gandingan Azrel Ismail dan Izreen Azminda sebagai teraju utama. Drama tersebut diarahkan oleh Hashim Rejab, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Akan disiarkan bermula 18 Julai ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan HD 123.

JUDUL : LELAKI MACAM DIA
NOVEL : Mamat Muka Selenga
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 18 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
NOVELIS : Aliesha Kirana
SKRIP : Sofia J. Rhyland
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Izreen Azminda, Akhmal Nazri, Zera Hariz, Sharisa Haris, Feiyna Tajudin, Elya Miera, Natasha Elyzza, Mak Wan Latah, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan, Sheila Mambo, Kissya Nick, Fariz Iskandar, Idris Md Diah, Syazwan Zulkifli, Ika Nabila

WATAK PELAKON
Azrel Ismail sebagai Fahmi Nazarul Ain
Izreen Azminda sebagai Nur Fatihah Husna
Akhmal Nazri sebagai Encik Aydan Danial
Sharisa Haris sebagai Sally
Zera Hariz sebagai Hajar
Elya Miera sebagai Lily
Natasha Elyzza sebagai Nina
Zulkifli Ismail sebagai Dato' Said

LAGU TEMA / OST LELAKI MACAM DIA
Lagu : Jangan Jangan
Penyanyi : Wani Kayrie
Video & Lirik : Link

SINOPSIS MAMAT MUKA SELENGA
Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

GAMBAR PELAKON

Mamat Muka Selenga

Drama Lelaki Macam Dia
Fatihah vs Fahmi vs Aydan Danial
Drama Mamat Muka Selenga
Fahmi dan Fatih
Pelakon Lelaki Macam Dia
Pelakon drama Lelaki Macam Dia
Lelaki Macam Dia

You Might Also Like

1 comments

  1. Saya suka cerita ini, namun saya dapat tahu bahawa tajuk drama novel ini ditukar kepada Lelaki Seperti Dia & akan ditayangkan Mulai 18 atau 25 Julai ini di astro RIA & HD.

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow